Tuesday, 14 October 2014
Sunday, 12 October 2014
Saturday, 28 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
INGIN TAHU NAMA-NAMA GELARAN?
1. GELARAN TURUN-TEMURUN
Gelaran Untuk Lelaki Gelaran Untuk Perempuan
a) tuan --- Sheikh a) puan/cik ------ Siti
b) tuan ---- Syed b) puan/cik ----- Sharifah
c) Yang Mulia ---- Raja c) Yang Mulia ----- Raja
d) Yang Mulia ---- Ku d) Yang Mulia ------ Ku
e) Yang Mulia ----- Ungku e) Yang Mulia ------- Ungku
2. GELARAN KEAGAMAAN
Gelaran Untuk Lelaki Panggilan Gelaran Untuk Perempuan Panggilan
Hormat Hormat
a) Haji, Imam/ Tuan Hajah Cik/Puan
Guru
b) Mufti Tuan Yang Berbahagia - -
(Sahibus Samahah)
c) Kadi Besar/ Tuan Yang Terhormat - -
Kadi (Sahibul Fadillah)
MARI MENJAWAB LATIHAN TATABAHASA BERSAMA CIKGU.......
1. Para pekerja ladang sedang _______________ limau yang masak di ladang limau itu.
A. terpetik C. memetiki
B. memetik D. memetikkan
2. Encik Tan sibuk _____________ rumahnya dengan warna biru sempena Tahun Baru
Cina.
A. mengecat C. pengecat
B. bercat D. pengecatan
3. Ramai pemohon untuk jawatan yang ditawarkan itu tidak _____________ tahap
kelayakan.
A. tercapai C. dicapaikan
B. mencapai D. pencapaian
4. Kakak ______________ sebuah rumah di Kuala Lumpur.
A. disewa C. penyewa
B. menyewa D. menyewakan
5. Adik rajin menolong ibu ______________ di dapur.
A. dimasak C. masakan
B. memasakkan D. memasak
Friday, 20 April 2012
Maklumat PKJR
1. Dalam pengajaran bahasa Melayu disisip atau diserapkan elemen-elemen (isi kandungan) PKJR.
2. Selama 1 jam (masa berkembar) seminggu.
3. Murid tahun 1, 2 dan 4 SK dan SJK yang terlibat.
4. Menggunakan modul yang telah dibekalkan kepada sekolah.
5. P&P tahun 1 bermula bulan Januari 2009. Manakala tahun 2 dan 4 dimulakan sebaik sahaja menerima modul tersebut daripada pembekal.
6. Sila catat (PKJR) dalam jadual waktu dalam buku persediaan mengajar, jadual waktu induk iaitu waktu bahasa Melayu yang digunakan untuk menyerapkan ilmu-ilmu PKJR.
7. Pastikan cara menulis buku persediaan mengajar mengikut seperti yang disarankan (buka panduan dalam blog ini)
8. Adakan kursus dalaman peringkat sekolah yang dihadiri oleh semua warga sekolah.
9. Satu daripada tajuk yang dibincangkan dalam mesyuarat panitia bahasa Melayu.
10. Gunakan cd Latih bimbing JUSA untuk memberikan latihan kepada murid-murid.
Saturday, 14 April 2012
Berhati-hati di Jalan Raya.

Mungkinkah suatu hari nanti akan ada pula program 1H1M - 1 Helmet 1 Motosikal?
Kota Kinabalu, 14 April - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) diminta agar lebih aktif melaksanakan kempen kesedaran tentang keselamatan jalan raya terutama di kawasan luar bandar.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, kajian mendapati bahawa hampir 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Menurut beliau, suatu yang perlu diberi perhatian ialah peraturan memakai topi keledar dalam kalangan penunggang motosikal di luar bandar agak rendah berbanding di kawasan bandar dan pinggir bandar. "Mereka mungkin tidak sedar tentang kepentingan memakai topi keledar ini, kecuali takut disaman oleh anggota polis," kata Datuk Lajim Ukin.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Program Penggalakan Pemakaian Topi Keledar di Dewan Pa' Musa di sini semalam. "Keselamatan diri dan keluarga bermula daripada diri sendiri dan bukannya kerana ada polis atau penguat kuasa, baru kita mahu mengikut peraturan jalan raya," ujarnya.
Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)