Saturday 14 April 2012

Berhati-hati di Jalan Raya.





Mungkinkah suatu hari nanti akan ada pula program 1H1M - 1 Helmet 1 Motosikal?

Kota Kinabalu, 14 April - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) diminta agar lebih aktif melaksanakan kempen kesedaran tentang keselamatan jalan raya terutama di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, kajian mendapati bahawa hampir 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Menurut beliau, suatu yang perlu diberi perhatian ialah peraturan memakai topi keledar dalam kalangan penunggang motosikal di luar bandar agak rendah berbanding di kawasan bandar dan pinggir bandar.  "Mereka mungkin tidak sedar tentang kepentingan memakai topi keledar ini, kecuali takut disaman oleh anggota polis," kata Datuk Lajim Ukin.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Program Penggalakan Pemakaian Topi Keledar di Dewan Pa' Musa di sini semalam.  "Keselamatan diri dan keluarga bermula daripada diri sendiri dan bukannya kerana ada polis atau penguat kuasa, baru kita mahu mengikut peraturan jalan raya," ujarnya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi.

9 comments:

  1. Sebagai pengguna jalanraya kita perlu bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain. Berhati-hati di jalan raya, kerana jalan raya bukan untuk berlumba. Buat anak-anak remaja jangan merempit dan mmenunggang motosikal dengan aksi "gila-gila anda" guna topi keledar walaupun dekat tapi selamat. Artikel ini banyak faedahnyalah Samirah. Tahniah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan dan ulasan Cikgu Kalsom itu. Saya memilih topik ini kerana saban hari jumlah kematian nahas jalan raya berlaku kerana sikap ambil mudah penunggang. Sebab itulah tajuknya Mudah Mengundang Susah. Maksudnya lebih mudah tak pakai topi keledar, akibatnya menyusahkan diri sendiri atau orang lain.

    ReplyDelete
  3. Dalam soal ini, kadang-kadang kita alpa tentang keselamatan kita sendiri. Cuba tengok penunggang motosikal yang tidak memakai topi keleder...tidak mengikat tali dengan kemas dan ketat...Dari kealpaan diri sendiri itulah mengundang padah.....Info yang berguna untuk dikongsi.....teruskan usaha....

    ReplyDelete
  4. Adalah benar pendapat cikgu...kealpaan kita sendiri yang mengundang padah. Undang-undang melindungi diri pengguna motosikal, bukannya menyusahkan... daripada anggap mudah akhirnya mengundang susah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Keselamatan amat penting untuk kita semua. Penggunaan alat keselamatan seperti topi keledar perlu dipakai dengan cara yang betul agar dapat berfungsi dengan berkesan. Kita mesti menyayangi nyawa agar tidak menyesal kemudian hari.

    ReplyDelete
  7. Adalah benar pendapat Cikgu Ho Choi Ken tu. Cara pemakaian topi keledar perlulah betul. Tidak boleh ambil mudah. Didikan inilah yang perlu kita terapkan kepada murid kita sebelum mereka mula pandai menunggang sendiri motosikal pada suatu hari nanti. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Keselamatan jalan raya nadi nyawa pengguna jalan raya di malaysia.
    Walau bagaimana pun sikap pentingkan diri dan tidak patuh kepada undang-undang menjadi punca kehilangan nyawa di jalan raya.

    ReplyDelete
  9. Benar pendapat Cikgu Nor Azman tu. Sikap yang mementingkan diri dan tidak kisah disaman menjadikan kadar nahas jalan raya di negara ini adalah tertinggi di dunia. Terima kasih.

    ReplyDelete